05 Julai 2025

🚘 Memasang HUD GPS Speedometer Digital plug and play yang mesra poket untuk Ganti Speedometer / Meter km/j kereta Lama yang Rosak untuk lebih jimat


Meter kelajuan kereta rosak? Nak tukar tapi harga meter asal mahal gila?

Saya pun pernah alami benda yang sama. Speedometer kereta Iswara lama saya dah mula tak stabil — kadang tunjuk, kadang tak. Bila tanya bengkel, kos nak tukar meter asal boleh cecah RM300 ke atas, belum campur upah pasang.

Nasib baik saya jumpa satu alternatif yang murah, moden dan sangat berguna – iaitu Tomy Digital GPS Speedometer HUD 4.7 inci.


---

📦 Apa Yang Saya Dapat?

✅ 1x Paparan HUD digital (4.7 inci LCD)

✅ 1x Kabel USB (cucuk terus ke power outlet kereta)

✅ 1x Manual penggunaan

✅ 1x Pelekat dashboard



---

🔧 Pemasangan? Super Mudah!

Saya sendiri yang pasang – tak perlu buka dashboard, tak perlu panggil pomen.

✅ Cuma cucuk kabel ke soket USB/12V dalam kereta
✅ Letak HUD atas dashboard
✅ Tunggu 5–10 saat untuk GPS dapat signal
✅ Terus boleh guna!



---

🔍 Fungsi Menarik HUD Speedometer Ini

1. Tunjuk Kelajuan (KM/J atau MPH)

Sesuai sangat untuk ganti meter asal yang rosak

Nombor besar & jelas – mudah baca masa drive



2. Paparan Suhu & Kelembapan

Boleh tahu suhu luar & kelembapan – Namun bacaan tidak berapa tepat kerana diambil dari satelit



3. Jam Digital & Tarikh

Tak perlu tengok phone masa bawa kereta



4. Meter Jarak (Trip Meter)

Sesuai kalau nak kira jarak balik kampung atau ulang alik kerja. Namun Bacaan akan reset semula setelah enjin dimatikan.


5. Kompas & Altitude (ketinggian)

Tambahan yang best untuk korang yang suka off-road atau explore tempat baru



6. Overspeed Alarm

Boleh set bunyi amaran bila korang drive lebih laju dari had ditetapkan






---

💰 Berbaloi ke?

Harga saya beli: bawah RM90 je (masa promo di Shopee)

Bandingkan dengan harga meter asal RM300++ + upah, produk ni jauh lebih jimat dan praktikal.


---

👍 Kelebihan:

Tak perlu wiring

Mudah pasang

Paparan besar & terang

Sesuai untuk semua jenis kereta (lama atau baru)

Guna kuasa dari USB (tak ganggu bateri kereta)



---

😐 Kekurangan:

Ambil masa 5–10 saat untuk GPS lock signal bila start enjin

Manual pengguna agak ringkas, tapi masih boleh faham



---

📌 Sesuai Untuk Siapa?

✅ Pemilik kereta lama
✅ Nak ganti meter rosak dengan cara murah
✅ Nak tambah paparan moden dalam dashboard
✅ Yang suka DIY dan tak mahu ke bengkel


---

🔗 Nak Beli?

Korang boleh beli dari Shopee melalui link ni: 👉 Klik sini untuk beli HUD Digital GPS Speedometer di Shopee



---

🎯 Kesimpulan

Kalau meter kereta korang dah rosak, jangan terus fikir nak tukar meter asal. Cuba dulu HUD digital ni – murah, mudah dan lengkap. Saya dah guna, memang puas hati!


--

Tiada ulasan:

Catat Ulasan